Inflasi dari sudut pandang ekonomi bermaksud kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang mewakili keseluruhan ekonomi negara. Indek yang selalu digunakan ialah indek harga pengguna atau customer price index (CPI).
Untuk memudahkan pemahaman kita, gambar dibawah menunjukan dengan jelas bagaimana inflasi memberi kesan.
sumber gambar: Google.com |
Melabur adalah bertujuan untuk mematahkan serangan inflasi terhadap nilai mata wang yang susut. Ia berfungsi untuk mengandakan nilai wang yang kita ada.
Pelabagai jenis pelaburan yang boleh digunakan untuk menggadakan wang tunai kita. Namun harus diingatkan bahawa pulangan nilai pelaburan itu haruslah lebih tinggi dari nilai inflasi pada tahun tersebut. Jika nilainya pulangannya lebih rendah, tujuan pelaburan untuk mematahkan kesan inflasi boleh dikatakan tidak berjaya.
sumber gambar: Google.com |
Contohnya, jangkaan kadar inflasi di Malaysia pada tahun 2016 adalah pada tahap 4%. Jika kita sebagai pelabur mahu memulakan pelaburan, maka kriteria utama yang perlu diambil kira adalah kadar pulangan yang diperolehi dari hasil pelaburan mestilah melebihi 4% setahun.
Pulangan pelaburan - 4% = Nilai sebenar pulangan pelaburan.
Oleh kerana itulah, para pelabur TIDAK DIGALAKAN untuk meminjam atau membuat loan untuk tujuan pelaburan. Ini kerana, nilai yang perlu ditolak akan menjadi lebih besar. Rata-rata kadar faedah pinjaman pelaburan adalah ditahap 5%.
Pulangan pelaburan - (4% + 5%) = Nilai sebenar pulangan pelaburan.
Pilihan ditangan anda. Melabur dengan ILMU!
No comments:
Post a Comment