Saya ingin jelaskan awal-awal bahawa dengan melabur dalam pelaburan jenis unit amanah / unit trust / amanah saham ini, kita sebagai pelabur akan memperolehi DUA (2) jenis keuntungan yakni:
1) Kenaikan harga unit
2) Dividen
Mungkin biasa kita dengar mengenai dividen tetapi jarang kita dengar mengenai kenaikan harga unit dan bagaimana ia menguntungkan para pelabur.
Baik. Mari saya terangkan. Saya gunakan graf prestasi dari salah satu dana yang ada dalam PMB Investment yakni PMB Syariah Aggressive Fund.
PMB Syariah Aggressive |
Perhatikan graf diatas. Bulat merah yang pertama itu saya tandakan ia pada 1 Jan 2015 dan bulat merah kedua saya tandakan pada 1 Jan 2016.
Pada 1 Jan 2015 harga unit bagi PMB Syariah Aggressive Aggressive adalah pada harga RM0.454 seunit. Pada 1 Jan 2016, harga seunit adalah RM0.618.
Bagi memudahkan lagi bagaimana kita melihat keuntungannya, saya berikan contoh.
En Ali telah membuat keputusan untuk melabur dalam PMB Syariah Aggressive Fund sebanyak RM5,000 pada hujung bulan Disember 2014. Setelah ditolak yuran sebanyak 6% jumlah unit yang diperolehi beliau adalah sebanyak 10,352.42.
Apabila harga unit telah naik, En Ali bercadang menjualnya dan ia dijual pada 1 Jan 2016 ketika harga seunit RM0.618.
10,352.42 x RM0.618 = RM6397.79
Disini dapat dilihat dengan jelas keuntungan yang diperolehi oleh En Ali. Permulaan pelaburan hanya RM5,000 dan hanya tempoh setahun beliau memperolehi RM6397.79
Ini adalah cara pertama bagaimana untuk mendapat keuntungan dalam pelaburan unit amanah / unit trust / amanah saham.
Cara kedua adalah menunggu dividen. Ia selalu diumumkan pada akhir bulan Julai.
Jika kita mengambil situasi En Ali diatas, yang mempunyai unit sebanyak 10,352.42 pada hujung bulan Julai beliau mendapat bayaran dividen sebanyak RM227.75.
Diberikan 2 pilihan kepada pelabur samada untuk mengambil dividen ini dalam bentuk tunai atau dilaburkan semula untuk membeli unit baru. Maka, akan bertambahlah bilangan unit yang ada.
Inilah DUA cara untuk mendapatkan keuntungan dalam pelaburan Unit Trust / Unit Amanah / Amanah Saham.
No comments:
Post a Comment