BAGAIMANA MENGIRA KELAYAKAN UNTUK MELABUR MENGGUNAKAN KWSP?

KWSP membenarkan ahlinya melakukan pelaburan daripada simpanan mereka yang berada di akaun 1 KWSP.

Langkah pertama pastinya adalah menyemak status terkini dan statement terkini KWSP anda. Anda boleh dapatkannya di pejabat KWSP yang berhampiran dan juga mesin automatik KWSP.

Langkah kedua, semak baki terkini dari akaun 1 anda dan padankan dengan umur anda. Ikuti arahan dalam gambar dibawah.

Jika anda dapati jumlah anda melebihi RM1000, maka anda layak untuk melakukan pelaburan. Hubungi konsultan. 

Jika tidak melebihi RM1000, anda tidak layak. Namun, jangan risau. Kumpul dan biarkan seketika. 2 atau 3 tahun nanti, Insyaallah layak dan melepasi RM1000


BAGAIMANA MENGETAHUI PRESTASI DANA UNIT AMANAH?

Sebagai pelabur yang bijak, pastinya anda ingin mengetahui prestasi dana-dana unit amanah sebelum membuat pilihan melabur.

Terdapat 3 cara bagi mengetahui prestasi unit amanah

1. Lipper Table

  • Lipper Table ini dicetak di akhbar The Edge. Ia membandingkan semua unit amanah yang ada di Malaysia samada konvensional mahupun islamik. Ia dikeluarkan setiap hari isnin di dalam akhbar berkenaan. 
    Lipper Table pada bulan Julai
2. Portal Morningstar
  • Anda juga boleh membuat semakan prestasi dana anda di protal morningstar. Langkah-langkahnya saya sudah sediakan disini
3. Portal Pelaburan Ahli KWSP
  • KWSP menyediakan platform untuk ahlinya menyemak prestasi pelaburan unit amanah yang dilaburkan. Ia menggunakan platform Novagni. Langkah-langkahnya saya sudah sediakan disini

SEMAK PRESTASI DI MORNINGSTAR

Morningstar adalah salah satu portal atas talian yang boleh digunakan oleh bakal pelabur dan pelabur dalam unit amanah untuk menyemak prestasi dana-dana yang anda laburkan.

Ikuti langkah berikut:

Layari laman web my.morningstar.com

Pilih PMB Investment di ruang Local Representative

Pilih dana yang dikehendaki. Contohnya PMB Shariah Aggressive

Lihat Star yang diberikan, pulangan dan pelbagai lagi info

Tekan pada tab Total Return untuk membuat penilaian tambahan

SEMAK PRESTASI UNIT AMANAH BAGI PELABUR KWSP











KELEBIHAN DAN KEKURANGAN UNIT AMANAH?



Pasti ramai yang tertanya-tanya apa pula kekurangan dan kelebihan melabur di dalam unit amanah ini. Disini saya kaan senaraiakn kelebihan dan kekurangan. 

KELEBIHAN

1. Diuruskan oleh PAKAR. 
  • Tidak semua orang mempunyai masa dan kepakaran untuk membuat kajian berkenaan portfolio pelaburan yang ingin di buat. Selain itu anda juga perlu up-to-date dengan isu-isu semasa yang memberi kesan kepada pasaran kewangan dan ekonomi didalam malah juga diluar negara. Malah ada sesetengah instrumen pelaburan adalah rumit dan memerlukan kepakaran dan pengalaman yang tinggi. Dengan melabur di unit amanah, wang anda diuruskan oleh pengurus-pengurus dana yang pakar di dalam bidang pelaburan. 
2. Unit Amanah mudah cair.
  • Pelaburan dalam unit amanah juga adalah mudah cair. Ini bermaksud anda mudah untuk membeli dan menjual unit-unit amanah tanpa perlu menunggu masa yang lama. Kebiasaanya proses membeli dan menjual unit amanah adalah dalam masa kurang 2 minggu. Tiada tempoh sekatan pengeluaran atau tempoh matang (holding period) yang dikenakan.
3. Modal permulaan yang rendah.
  • Pelaburan dalam unit amanah memberikan peluang kepada pelabur runcit untuk melabur dalam sektor atau kelas aset yang memerlukan modal yang besar. Sebagai contoh, jika anda hanya mempunyai RM100 , adalah mustahil utuk anda melabur pada saham-saham yang harganya melebihi RM1 bagi setiap unit. Peraturan pembelian saham bagi pelabur runcit adalah minimum pembelian adalah 1 lot = 100 unit. Contoh, saham Time Dot Com harganya RM7.60  satu unit. 
4. Kepelbagaian sektor pelaburan
  • Dana unit amanah dilaburkan di dalam syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Syarikat-syarikat yang dipilih pula datang dari pelbagai sektor. Telekomukasi, barangan pengguna, teknologi maklumat dan pelabagai lagi. Jika anda hendak membuat perkara yang sama, pastinya perlukan modal yang sangat-sangat tinggi. 
KEKURANGAN

1. Risiko?
  • Hidup ini sendiri adalah suatu risiko. Pepatah melayu mengatakan Jika Takut Dilambung Ombak, Jangan Berumah di Tepi Pantai. Apatah lagi dalam bidang pelaburan. Pelabur sepatutnya sedia maklum tentang risiko kerugian sekiranya melabur dalam dana unit amanah yang prestasinya tidak memuaskan. Namun jika dibandingkan dengan melabur secara terus kedalam mana-mana pasaran kewangan, unit amanah adalah lebih rendah risikonya dan terkawal.
2. Tidak mempunyai kuasa memilih saham
  • Ia satu kekurangan jika anda adalah seorang pelabur runcit yang melabur terus ke Bursa Malaysia. Namun, bagi kebanyakan kita, ia bukanlah kekurangan kerana sememangnya kita tidak mempunyai kemahiran dalam pelaburan. Situasi juga sama bila kita menyimpan di Tabung Haji, ASB dan sebagainya, kita juga tidak mempunyai kuasa memilih instrumen pelaburan. Jika kita orang biasa-biasa, ia menjadi seperti kelebihan nombor 1 diatas. 
3. Caj
  • Caj melabur di dalam unit amanah khususnya PMB Investment adalah 6%. Jika anda melabur terus ke Bursa Malaysia juga anda akan dicaj oleh remiser. Semua jenis pelaburan mempunyai caj, samada kita sedar atau tidak sahaja. 

STATUS SYARIKAT DAN KONSULTAN?

Antara perkara yang perlu dititik beratkan dalam pelaburan adalah status syarikat yang hendak kita laburkan wang tersebut.

Bagi pelabur dalam PMB Investment, anda tidak perlu khuatir kerana syarikat PMB Investment mendapat kebenaran dan lesen untuk menjalankan perniagaan.

Rujuk www.sc.com.my
Bagi tujuan pelaburan menggunakan baki akaun 1 KWSP pula, PMB Investment juga tersenarai antara syarikat yang dibenarkan bagi ahli KWSP melabur.

Rujuk www.kwsp.gov.my
 Saya turut sertakan sekali status saya sebagai konsultan.
Rujuk www.fimm.com.my
Jauhi pelaburan yang meragukan. Melaburlah ditempat yang betul.

KEMANA WANG KITA DILABURKAN?

Ini adalah persoalan penting yang akan ditanya para pelabur.

PMB Investment menyediakan Fact Sheet bagi semua dana yang diuruskannya. Fact Sheet boleh dimuat turun di pautan ini : Download Fact Sheet

Bila anda buka Fact Sheet ini, banyak maklumat yang dibekalkan. Antaranya adalah kemana wang kita dilaburkan.
Contoh Fact Sheet bagi dana PMB Shariah Aggressive Fund
Kemana wang kita dilaburkan diberitahu di bahagian Asset and Sector Allocation. Juga di terangkan kepada kita 5 kaunter terbesar yang dipegang (dana paling banyak dilaburkan).
Fokus Asset and Sector Allocation
Jadi, wang anda dilaburkan di tempat yang betul dan disahkan status patuh syariahnya oleh badan kawal selia yakni Suruhanjaya Sekuriti.

Setiap dana berbeza strategi dan juga asset and sector allocation. Boleh baca lebih lanjut di dalam Fact Sheet yang telah dimuat turun.