KELEBIHAN DAN KEKURANGAN UNIT AMANAH?



Pasti ramai yang tertanya-tanya apa pula kekurangan dan kelebihan melabur di dalam unit amanah ini. Disini saya kaan senaraiakn kelebihan dan kekurangan. 

KELEBIHAN

1. Diuruskan oleh PAKAR. 
  • Tidak semua orang mempunyai masa dan kepakaran untuk membuat kajian berkenaan portfolio pelaburan yang ingin di buat. Selain itu anda juga perlu up-to-date dengan isu-isu semasa yang memberi kesan kepada pasaran kewangan dan ekonomi didalam malah juga diluar negara. Malah ada sesetengah instrumen pelaburan adalah rumit dan memerlukan kepakaran dan pengalaman yang tinggi. Dengan melabur di unit amanah, wang anda diuruskan oleh pengurus-pengurus dana yang pakar di dalam bidang pelaburan. 
2. Unit Amanah mudah cair.
  • Pelaburan dalam unit amanah juga adalah mudah cair. Ini bermaksud anda mudah untuk membeli dan menjual unit-unit amanah tanpa perlu menunggu masa yang lama. Kebiasaanya proses membeli dan menjual unit amanah adalah dalam masa kurang 2 minggu. Tiada tempoh sekatan pengeluaran atau tempoh matang (holding period) yang dikenakan.
3. Modal permulaan yang rendah.
  • Pelaburan dalam unit amanah memberikan peluang kepada pelabur runcit untuk melabur dalam sektor atau kelas aset yang memerlukan modal yang besar. Sebagai contoh, jika anda hanya mempunyai RM100 , adalah mustahil utuk anda melabur pada saham-saham yang harganya melebihi RM1 bagi setiap unit. Peraturan pembelian saham bagi pelabur runcit adalah minimum pembelian adalah 1 lot = 100 unit. Contoh, saham Time Dot Com harganya RM7.60  satu unit. 
4. Kepelbagaian sektor pelaburan
  • Dana unit amanah dilaburkan di dalam syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Syarikat-syarikat yang dipilih pula datang dari pelbagai sektor. Telekomukasi, barangan pengguna, teknologi maklumat dan pelabagai lagi. Jika anda hendak membuat perkara yang sama, pastinya perlukan modal yang sangat-sangat tinggi. 
KEKURANGAN

1. Risiko?
  • Hidup ini sendiri adalah suatu risiko. Pepatah melayu mengatakan Jika Takut Dilambung Ombak, Jangan Berumah di Tepi Pantai. Apatah lagi dalam bidang pelaburan. Pelabur sepatutnya sedia maklum tentang risiko kerugian sekiranya melabur dalam dana unit amanah yang prestasinya tidak memuaskan. Namun jika dibandingkan dengan melabur secara terus kedalam mana-mana pasaran kewangan, unit amanah adalah lebih rendah risikonya dan terkawal.
2. Tidak mempunyai kuasa memilih saham
  • Ia satu kekurangan jika anda adalah seorang pelabur runcit yang melabur terus ke Bursa Malaysia. Namun, bagi kebanyakan kita, ia bukanlah kekurangan kerana sememangnya kita tidak mempunyai kemahiran dalam pelaburan. Situasi juga sama bila kita menyimpan di Tabung Haji, ASB dan sebagainya, kita juga tidak mempunyai kuasa memilih instrumen pelaburan. Jika kita orang biasa-biasa, ia menjadi seperti kelebihan nombor 1 diatas. 
3. Caj
  • Caj melabur di dalam unit amanah khususnya PMB Investment adalah 6%. Jika anda melabur terus ke Bursa Malaysia juga anda akan dicaj oleh remiser. Semua jenis pelaburan mempunyai caj, samada kita sedar atau tidak sahaja. 

No comments:

Post a Comment